Label

Jumat, 30 Mei 2014

cantik tapi simple

cara make-up simple tapi cantik


Mesti ramai di luar sana yang masih belum berani mencuba make-up sendiri kan. Mugkin ada yang merasa malu untuk make-up!!!. Mungkin ada yang tak tahu langsung bagaimana nak mula  make-up???. Aku dulu pun tak pandai dan tak suka make-up ni. tapi bila masuk alam pekerjaan ni aku try la mekap.Aku cuba belajar make-up sikit2 ja. Aku ni jenis suka make-up simple2..aku tak suka pakai macam2 di muka ni,rimas la rasa macam opera cina pulak..hahaha..
Ok...
Dekat sini aku nak tunjukkan kepada anda semua yang masih belum tahu cara nak mekap.  Ini cara teknik mekap simple tapi akan puas hati la...cara mekap ni b0leh anda try untuk ke pejabat, shopping dan boleh juga untuk ke kelas bagi student U la. Barang2 yang aku guna pun simple ja
...


Inilah barang yang aku pakai ja..
1-BB cream silkygirl
2-Eye shadow Silkygirl
3-Blusher Silkygirl
4-Bedak compact Miyami
5-Lipstik Collegen D"herb
6-eyeliner silkygirl
*tentang harga barang2 ni pula anggaran tak sampai rm100.00 pun dan mudah dapat di mana2 kedai saja tau..Step 1




Mula2....Letak ja  krim BB silkygirl titik2 macam anda pakai bedak sejuk tu..tapi jangan la pakai banyak sangat nanti bila pakai bedak lama2 bedak akan bertompok tau...pakai ja macam dalam gambar ini ya..




Step 2




selepas tu, sapu ja krim BB bagi sekata di muka. biar krim BB tu kering dulu. Ingat tau jangan pakai bedak sebelum krim BB tu kering...







Step 3




Sementara nak tunggu krim BB ni kering aku suka make-up dulu bahagian lain.
selalunya aku pakai eye shadow dulu la. Aku paling suka eye shadow warna pink & purple ni nampak sweet ja... First,aku letakkan warna slow (pink) tu seluruh bahagian atas mata 2..alah macam dalam gambar ditepi la...hehe






Step 4






lepas tu, aku letak pula warna purple terang di bahagian mata..aku suka pakai warna ni separuh ja di bahagian mata..nampak simple sikit kan..









Step 5




lepas pakai eye shadow tu, aku pakai eyeliner di sekeliling mata..macam aku, aku suka garis eye liner ni disekeliling mata aku sebab aku nak bagi mata nampak besar cikit..hehe..Bagi anda yang mata dah semulajadi besar tak payah pakai eyeliner pun dah ok...lepas tu,pakai ja bedak. Pakai bedak apa pun tak apa,tapi aku lebih suka pakai bedak Miyami..cara nak pakai bedak pula anda perlu tekan2 pada muka tau. Tujuannya bagi bedak ni nampak sekata dimuka la...







step 6



Nak bagi nampak muka fresh cikit boleh la pakai blusher di pipi. Aku blusher ni kadang2 aku pakai kadang2 tak pakai pun..hehe..ok la..cara nak pakai blusher pula mesti pakai dari bawah ke atas tau..letak blusher di sekitar tulang pipi saja yer..nak bagi nampak sweet lagi letak la blusher di bawah dagu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar